Sunah dan Hadis Sunnah

Hadis ialah himpunan pengisahan dan keizinan. Walaupun terdapat setakat perbezaan antara takrif Hadis dengan takrif Sunnah yang dihuraikan di atas, perkataan-perkataan Sunnah dan Hadis boleh ditukar ganti ketika merujuk kepada Tradisi-tradisi.

Hadis-hadis dikelaskan mengikut statusnya berhubungan dengan teks (matan) dan rentetan penyampainya (isnad). Cendekiawan-cendekiawan Hadis telah mengaji Sunnah, baik dari segi konteks (matn) mahupun dari segi penyampainya untuk menentukan apa yang benar dan apa yang palsu dalam hadis-hadis itu. Kajian mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah Muslim awal serta juga pemetikan saintifik moden.

Melalui penyelidikan tentang para penyampai Hadis (isnad), cendekiawan-cendekiawan sains Hadis telah mencipta sebuah sistem untuk mengetahui kategori-kategori Hadis yang berbeza, serta bagaimana menilai teksnya (matn) supaya dapat menentukan adakah teks itu betul, baik, lemah, atau palsu. Terdapat sebuah tradisi tentang kedua-kedua biografi sejarah (Ilm ar-Rijal) Muhammad serta juga tentang bagaimana mengesahkan hadis — isnad atau "bahan sokongannya".